Assalam semua, keadaan waktu yang agak sibuk membuatkan kita x sempat nak mengedit gambar sewaktu kita mendapat tugasan di Klebang Besar, Melaka. Majlis berlangsung selama 3 hari berturut2. Tema yang dipilih oleh Anna dan keluarganya ialah hitam dan putih.
Selepas makeup sewaktu Anna hendak diijabkabulkan selepas waktu asar.Kelihatan Anna tenang tapi sukar untuk kita mengetahui apa yang tersirat dalam hatinya, tiada siapa yang tahu.Anna seorang gadis periang dan mempunyai kulit yang bersih.Maka tidaklah sukar bagi kita merias wajah Anna.Dengan hanya sekali lafaz Wady sah menjadi suami Anna.Alhamdulilah majlis akad nikah berjalan dengan lancar.Pada malam harinya berlangsung majlis "Malam Berinai".Anna dan suami memilih untuk memakai pakaian songket berwarna oren.Acara berakhir agak lewat malam dengan beberapa shoot yang diambil oleh fotografer jemputan.Disini dipaparkan gambar Anna yang tidak seberapa berserta beberapa persalinan pilihan Anna iaitu Baju Jawa,Gaun,Baju Melaka,Baju Cina dan Baju Hindi.