9/16/2011

Pemantapan solekan&Anugerah Jurusolek terbaik Malaysia, Putrajaya 2011

Assalam semua. Bertemu kembali setelah beberapa hari kita tidak menambah maklumat terkini kita.Sebulan sebelum Ramadhan yang lalu saya sempat mengikuti Pemantapan solekan yang dianjurkan oleh"Along Beauty Touch".Saya amat teruja dengan respons dari sebahagian peserta sewaktu pertandingan solekan yang dijalankan.Seawal waktu yang ditetapkan saya telah sampai di Dewan Putrajaya .Kelihatan ramai peserta MUA dari pelbagai peringkat umur dan pengalaman hadir untuk memantapkan ilmu yang ada.
Yang pastinya masing2 tidak mementingkan diri untuk berkongsi pengalaman bersama.Sebahagian acara yang diadakan ialah "Shading Terbaik"dimana setiap peserta harus menunjukkan skill teknik shading yang betul dan kemas.Disini kita boleh lihat sebahagian peserta menanti keputusan dari pihak juri bagi meneliti hasil kerja yang telah dilakukan oleh peserta.

Sebahagian dari MUA dan Talent yang happening .Setiap saat penuh dengan gelak tawa dan lawak bersahaja sehingga membuatkan masa berlalu terlalu cepat.Disana ramai MUA yang saya dapati yang kebanyakannya mempunyai banyak pengalaman dibidang solekan mahupun andaman.Masing2 mempunyai kepakaran sedia ada.Maka kesempatan ini memantapkan lagi hasil nukilan yang baik untuk masa hadapan.Sebahagian MUA yang sempat kita add.


Sepanjang acara kita amat teruja kerana dapat bersaing secara sihat sambil mendalamkan ilmu yang ada.Kita amat terharu dan terperanjat bila dinobatkan sebagai Naib Johan bahagian "Make-up Terbaik".Hadiah yang x mungkin kita lupakan kerana kali pertama menyertai pertandingan sebegini.Semoga ia menmbakarkan semangat kita terus berjuang dalam bidang yang kita gemari ini. Disini dipaparkan sebahagian dari agenda yang berlansung sewaktu saya terlibat dalam pemantapan solekan .Moga dimasa akan datang jika ada lagi pertandingan yang sama akan saya paparkan disini.Diharap sampai ketemu dilain masa.Selamat melayari paparan kami yang tak seberapa ini..

moga pertandingan sebegini dapat memberi ruang kepada semua MUA dari segenap pelusok mengembangkan bakat yang sedia ada.sampai ketemu lagi.

9/08/2011

solekan walk in 2011

Assalam semua.....ok kali ni nak bagi tahu ..kali pertama saya makeup untuk Nurul seawal sesudah subuh...Saya mendapat permintaan dari pihak beliau secara tiba2.Bagi memenuhi permintaan Nurul...saya cuba sebaik mungkin agar ia tidak menghampakan beliau..saya berharap moga Nurul terus success dalam segala apa yang dicita2kan..Amin.. Moga hasil yang telah saya lakukan mendapat penerimaan yang wajar dari Nurul..


Satu masa satu ketika..adakalanya perasaan ingin mencuba...



Perasmian Jemari Beaute Resources

Assalam kepada semua di luar sana.






Bersempena kedatangan Ramadhan yang lalu iaitu bersamaan 30July2011,pihak kami sempat melancarkan perasmian Butik "Jemari Beaute"yang berlokasi di Setiawangsa.Dengan rasa rendah diri kami menawarkan pelbagai perkhidmatan di Butik ini.Semuanya berkaitan dengan kecantikan..Jadi bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami,dipersilakan membuat temujanji di Butik kami.Disini dipaparkan sebahagian ruang yang boleh di dapati di Jemari Beaute....
Disini kalian boleh juga melihat sebahagian dari acara yang dilangsungkan di Butik kami.....






Gelagat tetamu yang hadir meraikan bersama...


kepada tetamu yang hadir ,kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih atas kehadiran dan sokongan kalian dan kepada mana2 rakan2 yang mengenali diri kami kalau x sempat datang masa perasmian..masih ada masa untuk hadir bila2 masa kelapangan anda.Tanpa anda semua siapalah kami.

MAkeover makeup Bersama Harian Metro 2018

Hi Semua...lama kita x update apa2 kat sini..Kali ni kita nak share sebahagian artwork dan tips makeover kita bersama akhbar Metro..sebelum ...