Assalam semua. Bertemu kembali setelah beberapa hari kita tidak menambah maklumat terkini kita.Sebulan sebelum Ramadhan yang lalu saya sempat mengikuti Pemantapan solekan yang dianjurkan oleh"Along Beauty Touch".Saya amat teruja dengan respons dari sebahagian peserta sewaktu pertandingan solekan yang dijalankan.Seawal waktu yang ditetapkan saya telah sampai di Dewan Putrajaya .Kelihatan ramai peserta MUA dari pelbagai peringkat umur dan pengalaman hadir untuk memantapkan ilmu yang ada.
Yang pastinya masing2 tidak mementingkan diri untuk berkongsi pengalaman bersama.Sebahagian acara yang diadakan ialah "Shading Terbaik"dimana setiap peserta harus menunjukkan skill teknik shading yang betul dan kemas.Disini kita boleh lihat sebahagian peserta menanti keputusan dari pihak juri bagi meneliti hasil kerja yang telah dilakukan oleh peserta.Sepanjang acara kita amat teruja kerana dapat bersaing secara sihat sambil mendalamkan ilmu yang ada.Kita amat terharu dan terperanjat bila dinobatkan sebagai Naib Johan bahagian "Make-up Terbaik".Hadiah yang x mungkin kita lupakan kerana kali pertama menyertai pertandingan sebegini.Semoga ia menmbakarkan semangat kita terus berjuang dalam bidang yang kita gemari ini. Disini dipaparkan sebahagian dari agenda yang berlansung sewaktu saya terlibat dalam pemantapan solekan .Moga dimasa akan datang jika ada lagi pertandingan yang sama akan saya paparkan disini.Diharap sampai ketemu dilain masa.Selamat melayari paparan kami yang tak seberapa ini..
moga pertandingan sebegini dapat memberi ruang kepada semua MUA dari segenap pelusok mengembangkan bakat yang sedia ada.sampai ketemu lagi.
moga pertandingan sebegini dapat memberi ruang kepada semua MUA dari segenap pelusok mengembangkan bakat yang sedia ada.sampai ketemu lagi.