Assalam semua. Bertemu kembali setelah beberapa hari kita tidak menambah maklumat terkini kita.Sebulan sebelum Ramadhan yang lalu saya sempat mengikuti Pemantapan solekan yang dianjurkan oleh"Along Beauty Touch".Saya amat teruja dengan respons dari sebahagian peserta sewaktu pertandingan solekan yang dijalankan.Seawal waktu yang ditetapkan saya telah sampai di Dewan Putrajaya .Kelihatan ramai peserta MUA dari pelbagai peringkat umur dan pengalaman hadir untuk memantapkan ilmu yang ada.







