Assalam semua. Bertemu kembali setelah beberapa hari kita tidak menambah maklumat terkini kita.Sebulan sebelum Ramadhan yang lalu saya sempat mengikuti Pemantapan solekan yang dianjurkan oleh"Along Beauty Touch".Saya amat teruja dengan respons dari sebahagian peserta sewaktu pertandingan solekan yang dijalankan.Seawal waktu yang ditetapkan saya telah sampai di Dewan Putrajaya .Kelihatan ramai peserta MUA dari pelbagai peringkat umur dan pengalaman hadir untuk memantapkan ilmu yang ada.
Disana ramai MUA yang saya dapati yang kebanyakannya mempunyai banyak pengalaman dibidang solekan mahupun andaman.Masing2 mempunyai kepakaran sedia ada.Maka kesempatan ini memantapkan lagi hasil nukilan yang baik untuk masa hadapan.Sebahagian MUA yang sempat kita add.



Sepanjang acara kita amat teruja kerana dapat bersaing secara sihat sambil mendalamkan ilmu yang ada.Kita amat terharu dan terperanjat bila dinobatkan sebagai Naib Johan bahagian "Make-up Terbaik".Hadiah yang x mungkin kita lupakan kerana kali pertama menyertai pertandingan sebegini.Semoga ia menmbakarkan semangat kita terus berjuang dalam bidang yang kita gemari ini. Disini dipaparkan sebahagian dari agenda yang berlansung sewaktu saya terlibat dalam pemantapan solekan .Moga dimasa akan datang jika ada lagi pertandingan yang sama akan saya paparkan disini.Diharap sampai ketemu dilain masa.Selamat melayari paparan kami yang tak seberapa ini..
