Bertemu kembali semua.Pada 9 Okt 2011 yang lalu bersamaan hari sabtu,berlangsungnya hari bersejarah buat Adila.Disaat diberitahu tentang warna tema yang dipilih sebelum ini,kita amat teruja untuk memake-upkan Adila.Ini adalah kerana kita dapati color ini memang menarik.Bak kata kaum cina ada "Ong".Seawal jam 1230 tengahari kita dah sampai ke rumah kakak Adila di Pandan Indah.Setelah beramah mesra dengan ahli keluarga Adila yang begitu ramai membuatkan hati kita tersentuh.Ini kerana tanpa kehadiran kedua orang tua Adila yang sudah lama tiada..masih lagi boleh dijalankan dengan sempurna.Ini adalah kerjasama adik-beradik yang harus kita puji.
Setelah azan zohor,kita memulakan tugas menata rias wajah Adila.Kesukaran bagi kita ialah kening Adila tapi ia x menjadikan masalah besar .Kita cuba menggunakan teknik gam untuk mengelakkan dr kening di cukur atau dicabut.Disini kita boleh lihat sedikit perbezaan yang kita lakukan pada kening Adila,
Cincin disarungkan ke jari manis Adila tepat jam 330 pm.Alhamdulilah sah Adila telak dimiliki orang,Moga jodoh Adila cepat dan bakal melangsungkan perkahwinan dgn penuh gemilang.
Tarrar.........dapat dah dia,,, ...
Selesai tamat pemberian cincin dari bakal ibu mertua Adila sempat berposing bersama sidia yang bakal menghuni dalam hidup Adila......Bersama hantaran dari pihak perempuan untuk sidia yang tersayang....Pihak Jemari Beaute mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar...Nak bersanding jangan lupa jemput kami......Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak ahli keluarga Adila.Lebih2 lagi abangnya Sharif berserta isteri Eyna.Sampai ketemu lagi dilain masa.