11/24/2011

Pelamin Zana-Keramat Wangsa 18/11/11

Assalam semua..sebahagian gambar terbaru pelamin untuk Zana Keramat Wangsa,KL hasil sentuhan dari Jemari Beaute......berminat sila hubungi pihakberkenaan. 0123033171/0172754762.



11/19/2011

Makeup dinner LMC

Pada Hari khamis yang lalu , costumer Jemari Beaute Amelya, memohon untuk disolekan untukbeliau bagi menghadiri majlis makan malam.Oleh kerana dalam keadaan masa yang agak singkat,Cik Masszel merangkap makeup artist Jemari Beaute membuat makeover yang sesimple bole.Amelya seorang guru sekolah teknik.seorang yang murah dengan senyuman.Beliau meminta disolekkan sesimple mungkin.Dengan masa yang sangat singkat Cik Masszel sempat menyiapkan seberapa ringkas yang bole.dalam masa tak sampai 20min maka hasilnya....sederhana tapi Amylya menyukainya..moga jumpa lagi...
masa ni sessi Cik Masszel memulakan operasi solekan keatas cikgu Amylya...

Oleh kerana masa yang sangat singkat Cik Masszell x sempat nak shoot gambar sebelum ..Moga2 adalah kelainan sedikit...

Sessi bergambar yang x sampai beberapa saat..heheh..Pandai cikgu Amylya berposing...

11/14/2011

Kelas Asas solekan kolej Komuniti Kota Melaka siri1

Assalam semua..x lambat kiranya kita nak ucapkan salam aidil adha.Faktor masa dan beban kerja membuatkan kita lama juga x update page ni.Ok buat pengetahuan setelah mendapat maklum balas dari pihak kolej Komuniti Kota Melaka,maka kita telah pun memyempurnakan pada 5 hari sebelum perayaan hari raya korban yang lalu.Seawal pagi kita tiba di kolej Komuniti.Ketibaan disambut oleh pegawai bertugas.Perasaan berdebar dan teruja kerana dapat berkongsi ilmu dengan peserta yang hadir.Ucapan terima kasih pada pihak pengarah Ko
lej Komuniti yang menjemput pihak Jemari Beaute . Disini kita paparkan sebahagian taklimat dan tugasan yang dilakukan pada hari tersebut.
Sessi soal jawal untuk pengenalan asas produk

candid sekejap sebelum kedatangan Mr Photografer

sebahagian peserta yang hadir

penerangan peralatan dan demo aplikasi bagi yang tiada asas ..

Selepas makan tengahari.semua peserta teruja sebab masing2 perlu lakukan tugasan sepertimana yang kita terangkan seawal sessi...
sebahagian hasil kerja peserta sendiri dan bantuan dari kita.Semoga mereka menggunakan segala maklumat yang diberi dengan sempurna.

Peserta Ramlah dari jauh...masjid tanah amat meminati makeup tapi x pernah menggunakan walau secalit bedak sekali pun.Kita rasa terharu atas perasaan minat beliau.

Bagi Ct NAbiha amat sukar baginya untuk solekan pada awalnya selepas beberapa kali mencuba sewaktu praktikal amat teruja dan seorang yang happy go lucky.
Wajah Erdawati nampak berbeza walaupun makeup yang simple ...katanya asas perlu untuk kita nampak lebih yakin dan kelihatan berseri..

PuanMasita,peserta yang paling matang..amat teruja dan seronok dapat menyelami rahsia asas solekan..

Bagi NorFadzilah yang memang suka kecantikan merasa amat bermakna ..katanya kecantikan x lari dari wani
ta.maka dengan minat yang mendalam menyebabkan beliau ingin menjadikan ia sebagai bidang yang lebih profesional.Insyallah jika diizinkan dan moga success...
Salah seorang peserta yang juga mempunyai nama yang sama iaitu Nor Fadzilah.Beliau amat meminati bidans solekan.Bagi Fazilah apa2 yang berkenaan tentang kecantikan akan menarik minat beliau.Beliau merupakan salah seorang peserta yang bersemangat dan ingin dalaminya sebagai bidang profesional.Moga kamu berjaya mencapai cita2 tersebut.
Sessi bergambar setelah selesai praktikal ole semua peserta.Moga semua mendapat manfaat dari kami...

11/01/2011

Sehari bersama Amy JAnz dan Rose JR

Assalam Semua,semoga sihat disamping mengikuti blog ini.Baru2 ini kita berkesempatan mengikuti Bengkel "Advance Bridal" bersama Amy Janz dimana majlis dianjurkan oleh Rose JR Artistic team.Semenjak dari dulu lagi kita mengikuti perkembangan hasil kerja mereka.Amy Janz merupakan seorang makeup artist yang telah kita sedia maklum dan kak Rose juga yang merupakan anak didik ke pada Amy JAnz.Kita rasa sangat bertuah kerana dapat berjumpa kedua2 mereka.Seawal jam 9 pagi kita sampai di Shah Alam.Oleh kerana agak kurang mahir lokasi disana membuatkan kita tercari2 lokasi yang dinyatakan.Alhamdulilah akhirnya kita dapat menemui lokasi yang dinyatakan.Kelihatan pelbagai gelagat MUA2 yang hadir pagi itu.Kebanyakannya kita kenal hanya nama di FB.HAri ini kita dapat mengenali lebih dekat lagi dengan mereka semua.Sepanjang hari banyak maklumat yang disampaikan oleh Amy Janz.BAnyak tips2 yang disampaikan oleh beliau.Disini sebahagian aksi yang boleh kita lihat sepanjang praktikal yang di lakukan Amy JAnz.

Inilah hasil yang dilakukan oleh Amy Janz..cantik dan kemaskan...Ringkas dan nampak mudah bila tengok Amy buat kerja..Selepas praktikal dilakukan semua peserta diwajibkan praktikal dengan MUA2 yang lain.so kita pun mencuba keatas MUA yang baru kita kenali iaitu Nur Diyana Alias.Berasal dari Shah Alam.Diyana seorang gadis yang comel dan sangat sweet.mempunyai kulit yang bersih dan tidak menyukarkan kita menyoleknya.Cuma maklum depan Sifu tangan terketar sedikit bila mendengar suaranya menegur MUA2 sewaktu tugasan dijalankan.
Sentuhan kita keatas Adik Nur Diyana.Agak simple kerana nervous kot...hehehehe sifu dan mentor kat depan ,nak all out risau gak....

Selepas tamat praktikal dan dikomen oleh Sifu Amy JAnz,so masing2 menerima sijil yang dikeluarkan oleh Rose JR Artistic team.Dibawah juga kita sempat bergambar bersama2 mentor dan beberapa MUA 2 yang lain bersama sijil masing2.

Seminit bersama2 sebahagian MUA ngan Sis Rose JR.mmm Insyallah kalau ada kesempatan lagi nak ikut Sis Rose personal kelas plak...


Semua merasa amat teruja bersama Amy JAnz dan Rose JR selepas tamat sessi Bengkel yang mengambil masa sehari.Jika ada kelapangan insyallah akan ketemu lagi..Semoga segala maklumat yang disampaikan akan dipergunakan sebaik mungkin.Sampai ketemu lagi..

Engagement Nora di Hari Jadi

Assalamualaikum semua,
Agak lama juga kita tidak update maklumat terkini .Pada 20/10/2011 yang lalu,kita menerima tugasan untuk Nora yang dipanggil sebagai "Along".Seorang yang sangat manja,kelakar tapi serius dalam membuat sesuatu pekara.Seminggu sebelum majlis, pihak Jemari Beaute telah berbincang bagi membuat persiapan singgahsana untuk Along dan sehari sebelum majlis berlangsung pihak Jemari Beaute telah mula menyediakan singgahsana tersebut.Warna pilihan Along ialah "Gold dan coklat".Disini kita boleh lihat pelamin tunang Along untuk hari bersejarah beliau dimana Along menyambut tarikh ulangtahun kelahiran di hari yang sama.Selamat hari Jadi Along..Moga panjang umur dan cepat2 nikah ye,,
Seawal jam 5petang kita dah mula sampai ke rumah Along.keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kita tiba awal dirumah ibu kesayangan Along.Kelihatan ramai sanak saudara Along membantu membuat persiapan untuk menerima kehadiran rombongan pihak lelaki. Selepas Azan maghrib,kita pun memulakan tugas menyolek Along. Beliau mempunyai kulit yang bersih.Tiada masalah bagi kita untuk kita melaksanakannya.Semoga Along menerima hasil kerja yang kita lakukan untuk hari bersejarah beliau.
Sebahagian dari aksi yang boleh kita lihat disini.Along seorang yang pandai bergaya dihadapan kamera.Rupanya seakan2 seperti "Fazura"salah seorang artis yang agak popular.

Kalau dilihat dalam bentuk kelasik lagi menarik,seperti yang diminta oleh Along,Beliau inginkan konsep yang lebih ke arah JAWA.Dengan menambahkan bunga artificial melur dikepala menampakkan lagi keayuan Along.Pakaian yang diimport khas dari Bandung menambahkan lagi seri beliau.
Masih sempat bergaya bersama kedua ibubapa Along yang tercinta............Ibu Along seorang yang sangat peramah dan kelakar.Ayanh Along yang mempunyai ilmu perniagaan yang tiada tolok bandingnya....Sokongan dari kedua ibubapanya menambahkan lagi kemesraan seluruh keluarga.

Kenangan terindah bersama bakal suami Along....Kalau dilihat kedua2nya sama cantik dan sama padan..Moga cepat majlis persandingan kalian berdua...

Cuba kita lihat gaya Along yang bersahaja sewaktu gambarnya diambil serta kelihatan Along sangat manis dan ayu dalam majlis yang berlangsung baru2 ini.




Pihak Jemari Beaute mengambil kesempatan atas pertunangan dan majlis hari ulangtahun Along.Semoga dimurahkan rezki,panjang umur,Insyallah sampai ketemu lagi..

MAkeover makeup Bersama Harian Metro 2018

Hi Semua...lama kita x update apa2 kat sini..Kali ni kita nak share sebahagian artwork dan tips makeover kita bersama akhbar Metro..sebelum ...