11/01/2011

Engagement Nora di Hari Jadi

Assalamualaikum semua,
Agak lama juga kita tidak update maklumat terkini .Pada 20/10/2011 yang lalu,kita menerima tugasan untuk Nora yang dipanggil sebagai "Along".Seorang yang sangat manja,kelakar tapi serius dalam membuat sesuatu pekara.Seminggu sebelum majlis, pihak Jemari Beaute telah berbincang bagi membuat persiapan singgahsana untuk Along dan sehari sebelum majlis berlangsung pihak Jemari Beaute telah mula menyediakan singgahsana tersebut.Warna pilihan Along ialah "Gold dan coklat".Disini kita boleh lihat pelamin tunang Along untuk hari bersejarah beliau dimana Along menyambut tarikh ulangtahun kelahiran di hari yang sama.Selamat hari Jadi Along..Moga panjang umur dan cepat2 nikah ye,,
Seawal jam 5petang kita dah mula sampai ke rumah Along.keadaan cuaca yang tidak menentu menyebabkan kita tiba awal dirumah ibu kesayangan Along.Kelihatan ramai sanak saudara Along membantu membuat persiapan untuk menerima kehadiran rombongan pihak lelaki. Selepas Azan maghrib,kita pun memulakan tugas menyolek Along. Beliau mempunyai kulit yang bersih.Tiada masalah bagi kita untuk kita melaksanakannya.Semoga Along menerima hasil kerja yang kita lakukan untuk hari bersejarah beliau.
Sebahagian dari aksi yang boleh kita lihat disini.Along seorang yang pandai bergaya dihadapan kamera.Rupanya seakan2 seperti "Fazura"salah seorang artis yang agak popular.

Kalau dilihat dalam bentuk kelasik lagi menarik,seperti yang diminta oleh Along,Beliau inginkan konsep yang lebih ke arah JAWA.Dengan menambahkan bunga artificial melur dikepala menampakkan lagi keayuan Along.Pakaian yang diimport khas dari Bandung menambahkan lagi seri beliau.
Masih sempat bergaya bersama kedua ibubapa Along yang tercinta............Ibu Along seorang yang sangat peramah dan kelakar.Ayanh Along yang mempunyai ilmu perniagaan yang tiada tolok bandingnya....Sokongan dari kedua ibubapanya menambahkan lagi kemesraan seluruh keluarga.

Kenangan terindah bersama bakal suami Along....Kalau dilihat kedua2nya sama cantik dan sama padan..Moga cepat majlis persandingan kalian berdua...

Cuba kita lihat gaya Along yang bersahaja sewaktu gambarnya diambil serta kelihatan Along sangat manis dan ayu dalam majlis yang berlangsung baru2 ini.




Pihak Jemari Beaute mengambil kesempatan atas pertunangan dan majlis hari ulangtahun Along.Semoga dimurahkan rezki,panjang umur,Insyallah sampai ketemu lagi..

MAkeover makeup Bersama Harian Metro 2018

Hi Semua...lama kita x update apa2 kat sini..Kali ni kita nak share sebahagian artwork dan tips makeover kita bersama akhbar Metro..sebelum ...