10/13/2011

Solekan "Rumah Terbuka"

Salam semua....buat pengetahuan pada hari terakhir bulan Syawal yang lalu ,ada juga permintaan untuk "makeup outdoor".Kita rasa seronok sebab dapat juga tangan ini "bergerak" untuk menyolekkan muka orang. sepanjang berurusan dengan Dila,kita seronok sebab Dila mempunyai semangat dan minat yang sama dengan kita,permintaan untuk disolekkan telah deberitahu 2-3 hari sebelum hari Dila disolekkan.Dila ditugaskan sebagai ahlijawatan kuasa pada majlis yang dihadirinya.Maka kita cuba beri yang terbaik agar Dila kelihatan cantik pada hari itu.

Dila mempunyai kulit yang bersih.Dengan menggunakan produk Rizrene yang boleh didapati di Butik Jemari Beaute.Selepas Dila melakukan rawatan muka,Kita x membuangkan masa untuk merias wajah Dila yang semulajadi cantik.Disini dipaparkan sebahagian dari gambar yang sempat kita ambil.Untuk Dila,Kamu memang semulajadi cantik.

Begitu juga salah seorang pelanggan Jemari Beaute, Eeeta juga berminat disolekkan selepas membuat rawatan muka.Katanya nak ke rumah terbuka juga..mmm kita pun cuba bagi yang terbaik dan sesimple yang boleh sebagaimana permintaan mereka.Kita berharap hasil yang kita lakukan mendapat kepuasan untuk mereka berdua..Sampai ketemu di lain masa.


MAkeover makeup Bersama Harian Metro 2018

Hi Semua...lama kita x update apa2 kat sini..Kali ni kita nak share sebahagian artwork dan tips makeover kita bersama akhbar Metro..sebelum ...