10/13/2011

Solekan "Rumah Terbuka"

Salam semua....buat pengetahuan pada hari terakhir bulan Syawal yang lalu ,ada juga permintaan untuk "makeup outdoor".Kita rasa seronok sebab dapat juga tangan ini "bergerak" untuk menyolekkan muka orang. sepanjang berurusan dengan Dila,kita seronok sebab Dila mempunyai semangat dan minat yang sama dengan kita,permintaan untuk disolekkan telah deberitahu 2-3 hari sebelum hari Dila disolekkan.Dila ditugaskan sebagai ahlijawatan kuasa pada majlis yang dihadirinya.Maka kita cuba beri yang terbaik agar Dila kelihatan cantik pada hari itu.

Dila mempunyai kulit yang bersih.Dengan menggunakan produk Rizrene yang boleh didapati di Butik Jemari Beaute.Selepas Dila melakukan rawatan muka,Kita x membuangkan masa untuk merias wajah Dila yang semulajadi cantik.Disini dipaparkan sebahagian dari gambar yang sempat kita ambil.Untuk Dila,Kamu memang semulajadi cantik.

Begitu juga salah seorang pelanggan Jemari Beaute, Eeeta juga berminat disolekkan selepas membuat rawatan muka.Katanya nak ke rumah terbuka juga..mmm kita pun cuba bagi yang terbaik dan sesimple yang boleh sebagaimana permintaan mereka.Kita berharap hasil yang kita lakukan mendapat kepuasan untuk mereka berdua..Sampai ketemu di lain masa.


10/11/2011

Kebahagian 2 dalam 1

Salam semua,pe kabar.Moga sihat2 x kala membaca nukilan kita.Kali ni kita mendapat peluang merias wajah IQA yang baru sahaja menamatkan pembelajarannya dalam bidang perubatan,tahniah kita ucapkan.Moga kejayaan sentiasa selari dengan apa yang IQA cita2kan selama ini.IQA menetap di Ampang Hilir bersama keluarga tersayang.Mempunyai raut wajah yg bersih dan mulus,maka tak menyusahkan bagi kita untuk menata rias wajah IQA.
Selepas maghrib acara batal sembahyang bermula.Maka bermulalah hidup baru IQA sebagai seorang isteri

Pilihan warna oren untuk pakaian "Malam Berinai"menjadi pilihan IQA

Selepas sahaja majlis malam berinai, IQA terpaksa menahan kepenatan untuk bertukar2 pakaian daerah.Pilihan IQA ialah Pakaian Hindustan,Jepun dan Pakaian Melaka"Sanggul Lintang".Disini kita boleh lihat sebahagian aksi IQA yang diambil dari photo yang x diedit.
Selepas pakaian Hindustan,IQA mengayakan Kimono ala2 Jepun.memang layak untuk IQA mengenakan baju ini kerana IQA mempunyai kulit yang cantik serta putih berseri.
Pakaian Melaka merupakan pilihan dari pihak keluarga IQA

Acara Outdoor yang diadakan selepas makan beradap dan photoshoot di rumah.


Majlis memotong kek selepas acara photoshoot outdoor...
Semoga IQA dan Suami Qalbi akan dapat menempuh segala rencah kehidupan bersama dengan tabah dan bahagia hingga ke anak cucu,Amin....Pihak Jemari Beaute mengucapkan tahniah kepada pengantin berdua.

Seri Adila di hari bersejarah

Bertemu kembali semua.Pada 9 Okt 2011 yang lalu bersamaan hari sabtu,berlangsungnya hari bersejarah buat Adila.Disaat diberitahu tentang warna tema yang dipilih sebelum ini,kita amat teruja untuk memake-upkan Adila.Ini adalah kerana kita dapati color ini memang menarik.Bak kata kaum cina ada "Ong".Seawal jam 1230 tengahari kita dah sampai ke rumah kakak Adila di Pandan Indah.Setelah beramah mesra dengan ahli keluarga Adila yang begitu ramai membuatkan hati kita tersentuh.Ini kerana tanpa kehadiran kedua orang tua Adila yang sudah lama tiada..masih lagi boleh dijalankan dengan sempurna.Ini adalah kerjasama adik-beradik yang harus kita puji.

Setelah azan zohor,kita memulakan tugas menata rias wajah Adila.Kesukaran bagi kita ialah kening Adila tapi ia x menjadikan masalah besar .Kita cuba menggunakan teknik gam untuk mengelakkan dr kening di cukur atau dicabut.Disini kita boleh lihat sedikit perbezaan yang kita lakukan pada kening Adila,



Saat ini Adila mengambil kesempatan berposing dengan bakal Mertuanya
Cincin disarungkan ke jari manis Adila tepat jam 330 pm.Alhamdulilah sah Adila telak dimiliki orang,Moga jodoh Adila cepat dan bakal melangsungkan perkahwinan dgn penuh gemilang.

Tarrar.........dapat dah dia,,, ...
Selesai tamat pemberian cincin dari bakal ibu mertua Adila sempat berposing bersama sidia yang bakal menghuni dalam hidup Adila......Bersama hantaran dari pihak perempuan untuk sidia yang tersayang....
Pihak Jemari Beaute mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Bakal menempuh kehidupan yang lebih mencabar...Nak bersanding jangan lupa jemput kami......Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh pihak ahli keluarga Adila.Lebih2 lagi abangnya Sharif berserta isteri Eyna.Sampai ketemu lagi dilain masa.

MAkeover makeup Bersama Harian Metro 2018

Hi Semua...lama kita x update apa2 kat sini..Kali ni kita nak share sebahagian artwork dan tips makeover kita bersama akhbar Metro..sebelum ...